Monday, August 8, 2011

ALLAH SEBAIK-BAIK PENOLONG DAN PELINDUNG


Menyerah semua perkara kepada Allah, bertawakal kepada-Nya, percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, reda dengan apa yang dilakukannya, berbaik sangka kepada-Nya dan menunggu dengan sabar bantuan dari-Nya merupakan buah keimanan yang paling mulia dan sifat paling mulia dari seorang mukmin. Dan ketika seorang hamba tenang bahwa apa yang akan berlaku itu baik baginya dan ia menggantungkan setiap masalahnya hanya kepada Tuhannya maka ia akan mendapat pengawasan, perlindungan, pencukupan serta bantuan dari Allah.

Malahan ketika Nabi Ibrahim a.s. dicampak ke dalam api, ia mengucapkan: "Hasbunalla wa ni'mal wakil." maka Allah pun menjadikan api yang panas itu sejuk seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Begitulah halnya dilakukan Baginda Rasul dan para sahabatnya. Apabila mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan: "Hasbunallah wa ni'mal wakil."

"Cukuplah untuk (menolong) kami dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan Kami). Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh mana-mana bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah, Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar." (Surah Ali Imran: 173-174)

Manusia tidak kam mampu melawan setiap bencana, menaklukkan setiap derita dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri, kerana manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya apabila bertawakal kepada Tuhannya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya, kerana jika tidak demian, jalan keluar mana lagi yang akan ditempuhi manusia yang lemah tidak berdaya ini masa menghadapi ujian serta cubaan?
"Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Maidah:23)
Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakkalah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya. Itu jika anda mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" syair dan semboyan yang selalau meliputi langkah hidup anda. Jika harta anda sedikit, hutang anda banyak, sumber penghidupan anda kering dan mata pencarian anda terhenti, mengadulah kepada Tuhanmu sambil mengucapkan: "Hasbunallah wa ni'mal wakil."


Jika anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir dengan sesuatu bencana maka ucapkanlah dengan ikhlas kalimat ini: "Hasbunallah wa ni'mal wakil."
"Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)." (Surah Al-Furqan:31)



No comments:

Post a Comment